Tuesday 17 April 2018

Pelancaran Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)

17.04.2018 Isnin
Pelancaran Program Anak Yatim Permata Hati
Disempurnakan oleh: En Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab;Pengetua InSTAR

Bagi menjunjung titah perintah Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang untuk melaksanakan suatu program khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di Negeri Pahang, maka program PERHATI ini telah diwujudkan.

Setelah 9 tahun bermula pada 2009 sehingga tahun 2017 dengan hanya memberi fokus kepada murid-murid anak yatim tingkatan 5 sahaja.

Namun pada tahun ini diwujudkan penambahbaikan demi mencapai matlamat PERHATI yang mensasarkan murid anak yatim tingkatan 4 dan 5.

Antara objektifnya adalah untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak yatim supaya mereka berjaya dalam pelajaran untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan membina kerjaya.









No comments:

Post a Comment