Thursday, 22 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Warga InStar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada seluruh umat Islam.Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, 20 June 2017

Kelas Ilmu Aqli

Sempena bulan Ramadhan, SBP Integrasi Tun Abdul Razak telah merancang dan mengadakan program kelas Ilmu Aqli yang melibatkan beberapa mata pelajaran bagi murid-murid tingkatan 3,4 dan 5 bermula pada 13,14, 20 dan 21 Jun 2017. Program ini dijalankan di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan untuk meneruskan sesi pengajaran dan pemudahcara sempena Ihya Ramadhan.

Semoga program ini dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan sub-tajuk  dan kecerdasan kerohanian di kalangan murid-murid SBP.



Friday, 16 June 2017

Aktiviti Bulan Ramadhan

Antara pengisian pada waktu pagi sebelum kelas bemula pada bulan ramadhan adalah Tadarus Al-Quran & Kuiz Ramadhan





Monday, 12 June 2017

Majlis Temu Mesra Akademik Tingkatan 3 & 5 Tahun 2017

 Majlis Temu Mesra Akademik Tingkatan 3 & 5 InStar Tahun 2017 pada 22 Jun 2017 (Khamis) di Dewan Gemilang InStar jam 9.00 pagi. Ibu bapa pelajar dijemput hadir bagi menerima slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2017.

Tentatif program:

9.00 pagi  : Pendaftaran

9.30 pagi  : Bacaan Doa & Ucapan Tuan Pengetua

10.00 pagi: Perjumpaan ibu bapa/penjaga bersama guru mata pelajaran (termasuk penyerahan slip

keputusan peperiksaan)

Thursday, 8 June 2017

Ragbi Sentuh Perempuan: NRDP SMSS Sevens

Pasukan ragbi sentuh perempuan pertama telah ditubuhkan pada 2017 dan InStar telah menghantar pasukan tersebut ke kejohanan NRDP SMSS Sevens pada 20-21 Mei yang lalu di SMSS Cheras sebagai pendedahan awal kepada pasukan ragbi sentuh ini. 

Saingan sengit telah diberikan oleh pasukan baru ini di dalam kejohanan tersebut dimana InStar berjaya menempatkan diri dalam semi-final bowl.

Tahniah & syabas diucapkan kepada para pemain dan jurulatih pasukan.Semoga pada tahun hadapan pasukan ini lebih mantap dan digeruni lawan!!!

Wednesday, 7 June 2017

Piala Tunas Zaman

Pada 12-13 Mei; InStar telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Kebangsaan Bawah 15 Tahun Terbuka di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.

Pasukan InStar berjaya menjadi Naib Johan Kategori Silver bagi kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas kepada para pemain dan juga jurulatih!!