Tuesday 14 July 2015

Ihya' Ramadhan dan Takbir Raya

Tuan Pengetua Tn Hj Zaimi bin  Abu Bakar bersama semua guru lelaki dan perempuan setiap hari jumaat dan pada ramadhan  hari ke 23 bersama sama pelajar mengalunkan takbir raya di dataran integrasi SBPI Tun Abdul Razak.
Video tidak dapat di upload oleh admin sebab saiz besar sgt.






Jejaka-jejaka InSTAR yang tidak kurang segaknya ceria tersenyum di pagi hari menjalani ibadah ramadhan di InSTAR Pekan selepas perhimpunan pagi.

Wajah-wajah harapan menjadi anak soleh 

Bacaan yang menenangkan jiwa dan melenyapkan segala keresahan di hati itulah bacaan Al-Quran. Pelajar perempuan SBP Integrasi Tun Abdul Razak yang turut mengalunkan bacaan. 

Kumpulan Nasyid dari InSTAR menyerikan lagi majlis dengan sedikit hiburan yang mengajak kita sentiasa mengingatiNya. 

Penceramah datang ke sekolah bagi menyampaikan ceramah selepas majlis khatam al Quran

Masa hadapan yang bergelar muslimahh  InSTAR yang sentiasa mengikuti program dengan patuh dan setia. Sama-sama berjamaah mengalunkan surah Yasin di pagi indah hari jumaat.

Sama-sama membacakan takbir tahmid dan tasbih di dataran sekolah pada hari ramadhan yang ke 23

Guru-guru lelaki InSTAR sedang khusyuk mendengar bacaan alunan al-Quran di Majlis Khatam Quran pada hari jumaat baru-baru ini. 

Keadaan yang tenang di pagi hari dipenuhi pula dengan bacaan-bacaan al-Quran kareem, bersama barisan para pendidik wanita yang bisa bergelar pemangkin ummah sentiasa menjadi inspirasi buat para pelajar.

Ramai pelajar mendapat hadiah bagi pertandingan-pertandingan dalam ihya' ramadhan, tidak lupa juga bantuan yang disalurkan kepada yang memerlukan


Monday 13 July 2015

Pelancaran PISA


PISA Program for International Students Assessment 2015 telah dilancarkan pada 17 Februari 2015 di dewan Gemilang InSTAR . Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 tahun 2015. Disebabkan keputusan ujian PISA negara agak mengecewakan pada tahun lepas, tahun ini para pelajar dan guru bersemangat baru bagi membangunkan program dan sentiasa menyokong usaha keras pihak kementerian demi mencapai pembelajaran yang lebih berkesan.

Tuan Pengetua, Tuan Hj Zaimi bin Abu Bakar juga mendukung penuh program ini, dan memberikan nafas baru agar para pelajar berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan cemerlang.

Guru PISA En Harrie bersama 2 orang pelajar dan pengetua merasmikan program PISA

Pelajar menerima sijil kecemerlangan 

Pengetua dan GPK 1 menyerahkan sijil kepada guru Khairul Anwar

majlis pelancaran PISA Cikgu Harrie bersama tuan pengetua 

pelajar tingkatan 4 berikar untuk menaikkan lagi prestasi ujian mereka

barisan pelajar InSTAR Pekan yang berada dalam majlis perasmian